Click here for Myspace Layouts

Followers

Wan Hazel Facebook

Wednesday, March 14, 2012

perkahwinan~~


haaa..meng'update' blog lagi..hampir seminggu tika tak update..wahh...rindu pulak kn..hehehee...
selalunyer entry tika mesti pasal hati ! wahh..berbungabunga yek..ohh no ! tidak lagi...
hari ini tika nak share sikit sal perkahwinan...okeh...bukan gatal nak kawen ok..tapi just nak share ilmu..
wahhh..hehe...
:
:
[kalau ada jodoh ada lah...
kalau tak ada...redha...]
:
:
1.Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sumber: Syahirul
:
:
okehh..so dah baca?tahu kan kawen muda tak salah..
hehe...kalau boleh...tika nak kawen umur 26 ! ehh?
haha..insyaAllah...kalau ada jodoh..itu jela entry malam nie..
okeh jom tido...zzzzzz..^_^
:
 
gambar hiasan~~credit to firdaus dahlan :)


p/s : berharap yg terbaek..insyaAllah

Saturday, March 10, 2012

memories~~


alhamdulillah...tika berkesempatan untuk update blog hari ini...so hari ini..tika ada kat kampung..
home sweet home ~~ ouhhyeaahh..semalam di Penang..hantar my yunk PYKA ! then malamnya..keluar pegi MCD wit my syg ! :)
okeh ! lepas tu pegi round2 Penang..singgah Gurney..
alahai sejuknya semalam..ngn hujannyer..
masa berlalu..kita pun tak sedar...
ingatingat balik...dari tahun 2010 tika kenal kamu..since kat Penang nie...
lama jugak kan..cepat jek masa...
so sekarang..susah la kita nak jumpa...
nak borak borak..jumpa pon kalau balik Penang jek..
lepas nie?InsyaAllah..:)
kalau ada jodoh dapat la kita jumpa kan ..
hope kamu will success in your life future syg !
tika selalu doakan yang terbaik untuk kamu !
remember you wanna to be a police right?
insyaAllah ok..i will always with you and support you syg..:) 
kenangan kita...hal kita..masalah kita..biarlah kita je yang tahu kn..
kita hanya mampu redha dengan masamasa yang akan datang...
:
:
:
:
~✿..Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua..✿~

>>> Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina..semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN..♥♥
:
:



p/s : hope u know wht r u talking about~~

Friday, March 9, 2012


:
:
:
***Walaupun aku sendiri menyepi, aku TETAP perlu berdiri..
agar mampu MENGGAPAI PELANGI...

p/s : Ya Allah, berikanlah aku KEKUATAN di sepanjang perjalan...

Thursday, March 8, 2012

=.="

Assalamualaikum...
hye sume..so hari nie malam jumaat..
alhamdulillah tika  masih dapat benafas di bumi Allah s.w.t..
hope sume sihat sihat lah yek..:)
malam nie saja lah nak update blog..
bosan bosan...esok kerja lagi..adoii...
then esok jugak balik rumah makk..
ouhhyeahhh..balik kampung...hehehe...
kejap jek rasa..baru kelmarin tika balik Penang...[BJ]
tapi dah rindu sangat kat kamu...
pelik kan..kenapa mesti ada perasaan camni kn??
tak pernah terfikir pon yang keadaan akan jadi camni..
rumit sangat...masa akan datang camne la kn?
takpelah..redha je..
banyak persoalan yang timbul dalam fikiran tika nie..
tapi....entahlah..
hope kesabaran tika selama nie akan membuahkan hasil..
InsyaAllah....:')
JODOH...AJAL & MAUT semua dah ditentukan oleh ALLAH s.w.t..
kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berdoa yang terbaik..
:
:
YA ALLAH...jika dia bukan jodohku...
jauhkan lah dia dari hidupku...
YA ALLAH...jika dia adalah jodohku..
tetapkan lah hati kami untuk saling menyayangi dan tidak menyakiti...
tetapkanlah hati kami YA ALLAH...
amin yarabbalalamin...
:
:


p/s : tak tahu kesudahan..=.="

Monday, March 5, 2012

erti sebuah kasih sayang~~

                                                 
wooottt2....update blog lagi lah kn..so malam nie tika nak kongsi sikit sal erti sebuah kasih sayang..
fact sume yang hidup kat dunia nie memerlukan kasih sayang kan?tak kira la..manusia or haiwan kan?
sume memerlukan kasih sayang untuk diri sendiri...bagi tika..kasih sayang amatamat lah penting..tanpa kasih sayang?kita saja yang tahu kan..so jom tika kongsi sikit cite sal kasih sayang antara haiwan..
:
:
:
tolong..aku tidak mampu lagi menahan kesakitan ini....

awak, bersabarlah...saya tetap akan bersama awak walau apapun yang terjadi

bangun sayang, bangun...saya tak mungkin hidup tanpa awak di sisi, bertahanlah!!!

awak, awak tahu kan saya sayangkan awak, jangan pergi dulu, awak ingatkan janji kita dulu, ingat tak janji-janji kita?

AWAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!

aku rasa mungkin ramai yang dah tengok gambar sepasang burung ini yang kini semakin tersebar di seluruh dunia
ia diambil oleh seorang jurugambar Perancis
semuanya bermula apabila burung betina ini menggelupur kesakitan kerana dilanggar kenderaan, kemudian datang seekor burung jantan untuk memberi makanan kepada pasangannya itu
di saat burung betina ini mati, lensa jurugambar ini berjaya merakamkan ratapan si burung jantan ini, aduh sungguh syahdu sekali
sedangkan binatang pun ada perasaan ingin menyayangi dan disayangi, apatah lagi manusia seperti kita semua
bagi aku, perasaan menyayangi dan mengasihi seorang insan kepada insan yang lain itu merupakan anugerah yang cukup mahal harganya
ia tidak diminta, ia datang sendiri…percayalah, kasih sayang yang ‘dibuat-buat’ sebenarnya mudah untuk kita kenal pasti
sesuatu yang datang bukan dari hati dan perasaan yang tulus ikhlas, pasti akan ‘terkantoi’ dengan begitu mudah sekali
kepada kita semua, bersyukurlah selagi ada orang yang sayang dan kasih kepada kita kerana esok belum menjanjikan apa-apa!!
jangan hanya setelah dia pergi…baru kita sedar kita sudah kehilangannya, kehilangan kasihnya, kehilangan cintanya
waktu itu merayulah, merintihlah, merataplah…namun kasih sayang itu tidak mungkin akan kembali lagi
tidak mungkin kembali lagi seperti mana di awal kehadirannya!
:
:
sedih kan...bila tika baca entry sorg blogger nie..see..? burung pon ada perasaan sayang..
manusia apatah lagi kan..tapi manusia tak pernah nak menghargai kasih sayang yang dorg dapat..
sedih kan kalau dah cmtu..:'(
So..hargailah orang yang sayangkan kita ok..family...kengkawan..semua nieh orangorang penting dalam hidup kita kn..so..appreciate people who loves you ok !
kasih sayang boleh hilang tanpa kita sedar~~

p/s : terimakasih coz buat saya hepi~~



Sunday, March 4, 2012

yeyyy...mancing!

                                       
ouuhhyeaahhhh...haiiii...yes ! akhirnya..walaupon hujan...terpaksa melintasi laut..menaiki bot..alhamdulillah sampai jugak di tempat yang telah ditetapkan..[ayat tak bole blah]..HAHA..
oke2..jom tika nak cite..so minggu nie tika balik PENANG di atas sebabsebab tertentu..opsss...orangorang yang tahu aje tahu nape tika balik nie..so semalam hari ahad..kuar with dayah n ary ke QB...so dah dapat gaji kn..wahh belagak...haha..ape lagi..shopping lah ngn dayah..so tika beli suar..n dayah beli bj...haa..
then ade laahhh sorang laki hensem nie datang jugak..ehh suprise ker?HAHA..okeh saya terkejut anda di situ ok..yeeeyyy...[suka]...then decide g tengok wayang ngn dorg cite ADNAN SEMPIT 2...okeh..seyes best !! kelakar gile..dari awal sampai habis xbenti asik gelak jek..hahaahahahaha...ok enough !
:
:
**************so tika nak cite untuk hari ini...g mancong beb ! tak pernah2 tika pegang pancing ngn umpan uh..kalau pernah pegang pon abg tika pnya pancing..haha...adoiii...kelakar jek rase...yang sedihnyer..tika sekor ikan pon tak dapat..ish2...:'(
dorg dapat lah jugak kan..time kasih ajarkan tika cara2 nak memancing yer incik hensem..HAHA...
walaupon hujan..kami still mancing ! best wooott...haha..
:
:
lokasi : dekat2 seagate..
masa : 10pagi-6ptg
ahli : dayah..ary..erin..ajis..abg danial n incik hensem..
okeh..jom tengok pic jela ehh...
:
:
:
nie dalam perjalanan ke destinasi..cewaahh..haha

orang kuat nie ! ary !



ini orang hebat jugak...:)

erin pon ! jeles i u dapat ikan ! huhu


nieh haa..orang2 kuat..bhahhahaha

time nie dah petang oke..tika tolong tengok jek pancing orang uh !
:P

okeh..dah nak balik..jom2..:)
mood : tersangat hepi..hope korg tak lupa moment untuk hari nie..:')
sayang korg ! :)


p/s : terimakasih buat sy hepi.:)

Friday, March 2, 2012

happy birthday FEBRUARY~~


haaa....update update..alhamdulillah..selamat jugak tika sampai PENANG....tiket dari IPOH kul 8.30...
sampai PENANG kul 12...memang syookkk tido..bangun jek dah sampai...sian my yunk pyka...tak dapat tido lena macam saya...nak kencing kateny..heehhee..pape pon..tq iz coz amikkan kiteowg kt terminal tadi...
haaa..sampai jek call dyh cakap nak g makan..lapar larhhhh....so g lah makan kt zamrud ngan ary sekali...
tq korg temankan tika..weee....rindu korg ! :)
ok dh..now tika nak cite sal aktiviti yang tika buat minggu lepas..ap?birthday laa...
alhamdulillah selamat jugak besday anakanak mak n ayah diraikan...weewwiittt....HAHA...
tak lupa jugak anak buah tika...farish ! :)
:
:
:
okeh..weewwiittt..nie kek besday kiteowg ! 
adik : 4hb FEB
nanie[my sis] : 22hb FEB
farish [anakbuah] : 23hb FEB
p-duih [my bro] : 24 FEB

HAPPY BIRTHDAY ! :)
muahh..
oke..kelakar pic nie ! :)

HAHA..sayang kalian..:)

hadiah dari acu untuk anak buahnyer...:)

hadiah maklang untuk farish !

untuk farish jugak ! :)

hadiah dari kami untuk abg ! :)

sedara mara yang sporting..
ehh mane mak? haa..xde..:)

qaseh pon ada...:)

ehhh farish wit pakjang n acu...:)
:
:
:
ok..then malamnyer g karok pulak...aduhhh...penat karok ngn dorg..
sampai suare tak de haa kakak2 ku..haha..
:
:
wit my bro...:)

pyka mesti ad ! :)
ok done ! nie jelah untuk entry kali nie ok...esokesok mybe tika cite sal hal len pulak ok..
bye...salam..:)

p/s : np sy trllu sygkn kamu? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hatiku..

MY FAMILY IS MY FIRST PRIORITY....
MY FRIENDS IS MY SECOND PRIORITY....
MY...IS MY THIRD PRIORITY...
I LOVE YOU SO MUCH!!
THANKS ALLAH...^_^