haaa...update update....so hari ini tika nak share mengenai solat sunat istikharah...
selalunya orang cakap solat sunat nie lebih kepada solat untuk tentukan jodoh..
sebenarnya solat sunat istikharah nie bukan untuk tentukan jodoh je..dalam segala hal pon boleh..
contohnya...untuk menyelesaikan masalah...biasanya solat istikharah dilakukan pabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikab atau tidak kepada dirinya. maka untuk itu bago memohon petunjuk dan keredhaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah .
:
:
NIAT SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
maksudnya : Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah taala
DOA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahuo sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah ! Seandainya Engkau mengetahui bahawasnya urusan ini.....[tujuan solat sunat istikharah] Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini..(tujuan solat). Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku denganya ...
p/s : semoga dia adalah jodohku
No comments:
Post a Comment